Input your search keywords and press Enter.

Colorado Ambil Langkah Berjaga-jaga Susulan Ancaman Wanita Bersenjata

M Update, 17/04/2019 –  Hampir dua dekad selepas tragedi pembunuhan di Sekolah Tinggi Columbine, kerajaan negeri Colorado kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima ancaman dari seorang wanita yang disifatkan polis sebagai bersenjata dan sangat berbahaya.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan polis tempatan mengesahkan identiti wanita terbabit sebagai Sol Pais, 18 dan lebih daripada 20 buah sekolah di kota metropolitan Denver kini meningkatkan tahap keselamatan masing-masing susulan laporan ancaman berkenaan.

“Berikutan ancaman terhadap sekolah membabitkan individu yang sudah dikenal pasti ole FBI, Jabatan Keselamatan Awam menyarankan semua sekolah di kawasan Denver berhati-hati,” kata Jabatan Pendidikan Colorado.

Pejabat sherif Jefferson menerusi akaun media sosial mereka berkata, Pais menuju ke Colorado dan membuat ancaman di kawasan metropolitan Denver. Dia bersenjata dan dianggap sangat berbahaya.

Hantaran itu termasuk dua keping foto suspek yang digambarkan sebagai wanita berkulit putih setinggi 165.1 sentimeter (cm) dan berambut coklat.

Menurut laporan Denver Post, Pais dikatakan taksub dengan tragedi 20 April 1999 di Sekolah Tinggi Columbine di pinggir Denver apabila dua pelajar, Eric Harris dan Dylan Klebold menembak mati 12 rakan mereka serta guru sebelum membunuh diri.

Jabatan sherif berkata, kesemua pelajar berada dalam keadaan selamat dan tahap keselamatan semua sekolah sudah ditingkatkan. – AFP

Leave a Reply