Input your search keywords and press Enter.

New Zealand Turun Tahap Ancaman Ke Peringkat Sederhana

M Update, 17/04/2019 – Tahap keselamatan nasional New Zealand disemak semula dan diturunkan ke tahap sederhana selepas dinaikkan ke peringkat tinggi susulan kejadian tembakan di Christchurch pada 15 Mac lalu yang membunuh 50 orang, kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini.

“Walaupun tahap ancaman disemak semula ke tahap sederhana dan tiada ancaman khusus yang perlu ditangani agensi berkaitan, orang ramai akan terus melihat kehadiran polis di acara-acara awam, termasuk pada Hari ANZAC,” kata Perdana Menteri Jacinda Ardern dalam kenyataan itu.

Negara ini merayakan Hari ANZAC iaitu hari memperingati peperangan yang turut disambut di Australia, pada 25 April. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *