Input your search keywords and press Enter.

18 Lagi Ditahan, Angka Maut Sri Lanka Meningkat 359

M Update, 24/04/2019 – Polis Sri Lanka berkata hari ini, mereka menahan 18 lagi individu untuk disoal dalam kaitan serangan Hari Easter Ahad lalu, didakwa dilakukan militan Daesh ketika angka maut serangan gereja dan hotel di negara itu meningkat kepada 359 orang.

Pada masa sama, polis berkata, mereka melakukan letupan terkawal sebuah skuter mencurigakan diparkir berhampiran pawagam popular Savoy di ibu kota ini, namun tiada letupan ditemui pada kenderaan itu.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, angka maut kini meningkat kepada 359 orang daripada 321 dengan kira-kira 500 lain cedera, namun tidak memberi pecahan kematian di tiga gereja dan empat hotel yang diserang.

Daesh menerusi agensi berita propaganda miliknya Amaq mengaku serangan di Sri Lanka dilakukan tujuh penyerang namun tidak memberi bukti menyokong dakwaannya.

Menurut laporan seorang daripada pengebom belajar di United Kingdom dan Australia.

Polis terus melakukan serbuan rumah di seluruh negara kepulauan Lautan Hindi itu, menjurus penahanan tambahan 18 individu. Ia menjadikan jumlah yang kini disoal hampir 60 orang termasuk seorang rakyat Syria.

Serbuan waktu malam itu termasuk kawasan berhampiran gereja ala Gothik, St Sebastian di Negombo, utara ibu kota ini, di mana sejumlah besar terkorban, kata jurucakap polis.

Sejumlah individu tidak diketahui turut ditahan di barat Sri Lanka, kawasan rusuhan penduduk Islam pada 2014.

“Operasi mencari sedang dilakukan di mana-mana, ada pemeriksaan ketat di kawasan penduduk Islam,” kata sumber keselamatan. -Reuters

Leave a Reply