Input your search keywords and press Enter.

Warga Emas Ditemui Rentung

M Update, 6/5/2019 – Seorang lelaki warga emas ditemui mati rentung dalam kebakaran dua premis di Jalan Pekan Salak Selatan, Kuala Lumpur, pagi ini.

Pemeriksaan oleh anggota bomba ke atas rumah yang terbakar 80 peratus itu kemudiannya menemui satu mayat lelaki rentung. Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, salah seorang pemilik premis yang terbakar dikenali Yow, 56, berkata mangsa yang tinggal di tingkat atas itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

Lelaki berusia 70-an itu dikatakan tinggal bersendirian dan dia tidak terlalu mengenali lelaki itu.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply