Input your search keywords and press Enter.

Penasihat kanan Trump guna video palsu kecam ahli Kongres Islam

M Update, 08/05/2019 – Penasihat kanan kempen pemilihan semula Presiden Donald Trump pada 2020, Katrina Pierson, menggunakan video pelancaran roket di Ukraine untuk mengecam Ahli Kongres Democrat, Ilhan Omar, menerusi Twitter Sabtu lalu, dengan mendakwa ia adalah bedilan roket ke Israel dari Semenanjung Gaza.

Pierson, yang menjadi jurucakap bagi kempen pilihan raya presiden 2016 yang menyaksikan kemenangan Trump, dalam tweetnya berkata: “650 roket dibedil ke Israel dari Gaza dalam usaha mengatasi Dome Iron Israel: 173 dipintas, empat maut dan 28 cedera.

“Apa tindak balas @IlhanMN kepada keganasan ini? Adakah beliau akan mengutuknya?”

Bagaimanapun, video berkenaan adalah rakaman bedilan peluru berpandu ketika konflik Ukraine pada 2015 berhadapan pemisah yang disokong Russia.

Laman web berita Amerika Syarikat, Mediaite, menuduh Pierson menyebarkan ‘video palsu’ dalam serangan Twitter terhadap Ilhan.

Pierson menjawab kepada tweet beliau yang mengelirukan itu dengan satu lagi tweet, yang mengecam rekod dasar luar Naib Presiden Joe Biden.

Beliau menulis: “Seseorang perlu bertanya @JoeBiden jika beliau tahu ke mana perginya berbilion dolar yang diberikan pentadbiran Obama/Biden kepada Iran? #CumaSoalan.” – Agensi

Leave a Reply