Input your search keywords and press Enter.

Bantuan Khas Aidilfitri : Penjawat Awam Pulau Pinang

M Update, 13/5/2019 – Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bantuan khas ini diberi kerana Kerajaan Negeri prihatin dengan tekanan kos sara hidup lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang dihadapi oleh kakitangan awam. Bantuan yang diberikan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta sebagai pemberian BKK kepada 3,905 penjawat awam di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini.

Pada masa yang sama, Chow turut menyeru kepada semua penjawat awam agar terus memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan semua inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk membentuk Pulau Pinang ke arah Visi 2030 Pulau Pinang. – Astro Awani


Leave a Reply