Input your search keywords and press Enter.

Cucu Mandela cetus kontroversi peluk Islam

M Update, 27/06/2019 – Cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, mencetuskan kontroversi dengan memeluk Islam apabila pemimpin tradisional negara itu mula menyuarakan keresahan mereka berhubung perkara berkenaan.

Mandla Mandela, 42, memegang jawatan sebagai Ketua Mvezo bagi suku kaum AbaThembu, kedudukan yang diwarisi daripada datuknya.

Beliau dipercayai memeluk Islam untuk mengahwini seorang wanita Islam, Rabia Clarke, iaitu perkahwinan keempatnya.

Alasan utama di sebalik reaksi bercampur itu adalah hakikat tanggungjawab dipikul Mandela termasuk yang secara umum terkeluar daripada kepercayaan Islam

Ia termasuk mengetuai upacara menjamu haiwan dikorbankan kepada kepada roh keturunan.

Ketua jurucakap bagi Kongres Pemimpin Tradisional Afrika Selatan (Contralesa), Mwelo Nonkonyane, menggambarkan alasan di sebalik keadaan itu.

“Tidak salah sebenarnya dengan pemimpin tradisi menganut agama pilihannya, tetapi kami bimbang sama ada beliau mampu meneruskan tanggungjawab sebagai ketua,” katanya.

Beliau menambah, perkahwinan Mandela dengan Rabia juga tidak mengikut adat negara itu.

“Menurut tradisi Afrika, wanita berkenaan mesti menjadi sebahagian anggota keluarga lelaki yang dikahwininya.

“Apabila Rabia menerima lamaran Mandla, beliau perlu mengikut cara puak suaminya,” kata Nonkonyane.

Pada majlis perkahwinannya, Mandela kelihatan tidak terjejas dengan kritikan dan tegas dengan keputusan mengahwini Rabia.

“Walaupun saya dan Rabia dibesarkan dalam budaya dan agama berbeza, perkahwinan ini membayangkan persamaan kami: Kami rakyat Afrika Selatan,” katanya. — Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *