Input your search keywords and press Enter.

Tiga pelombong arang batu maut di Poland

M Update, 02/07/2019 – Tiga pelombong terkorban, manakala enam lagi dimasukkan ke hospital semalam, selepas lombong arang batu di selatan Poland runtuh, akibat gempa bumi berukuran 2.66 magnitud.

“Kami menerima berita sedih bahawa seorang lagi pelombong disahkan meninggal dunia.

“Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat daripada runtuhan,” kata jurucakap syarikat lombong, iaitu PGG, Tomasz Glogowski kepada rangkaian berita TVN24.

Kejadian berlaku ketika sembilan pelombong berada di laluan yang terletak lebih 700 meter di bawah tanah di lombong Murcki-Staszic di bandar Katowice, apabila gempa bumi berlaku.

Agensi berita PAP melaporkan, seorang pelombong yang terselamat dilaporkan dalam keadaan kritikal, sementara lima lagi hanya mengalami cedera ringan. – AFP

Leave a Reply