Input your search keywords and press Enter.

Banjir Lumpur Di GPO Dan Awana Skyway

M Update, 15/7/2019 – Sebahagian besar pengunjung di Genting Premium Outlet (GPO) terkandas apabila laluan sekitar di kawasan berhampiran dinaiki air hingga menyebabkan banjir lumpur, petang semalam.

Difahamkan limpahan air berkenaan datang dari kawasan bukit berhampiran ketika hujan lebat yang menyebabkan kawasan GPO dan Awana Skyway lumpuh hampir dua jam. Seorang penyelia sebuah butik di Genting Highlands, yang hanya mahu dikenali sebagai Ikmal berkata kawasan sekitar Awana Skyway juga ditutup kepada orang ramai selama dua jam sepanjang hujan lebat bermula sejak jam 3 petang.

Melihat keadaan air, mulanya agak cemas namun keadaan kembali reda selepas hujan berhenti kira-kira jam 5.30 petang dan pulih seperti biasa kira-kira jam 6.30 petang. Awana Skyway juga sudah dibuka kepada orang ramai seperti biasa. Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lewat petang semalam, tular di media sosial keadaan banjir lumpur melanda lokasi tumpuan pada hujung minggu iaitu sekitar GPO dan Awana Skyway. Dalam satu video berdurasi 1.22 saat, yang menjadi viral di laman sosial facebook, menunjukkan beberapa kawasan dinaiki air yang deras dari arah atas bukit hingga melalui laluan dan kawasan parkir GPO dan Awana Skyway.

Selain itu, puluhan pemandu kenderaan memberhentikan kereta selepas beberapa laluan dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan sekitar Goh Tong Jaya. – BH Online

Leave a Reply