Input your search keywords and press Enter.

TPM : Penjualan ‘Ghost Smoke’ Perlu Dihentikan

M Update, 23/7/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera. Pada masa yang sama beliau meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula berkenaan yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut. Dr Wan Azizah juga tidak menolak kemungkinan gula-gula berkenaan boleh menjadi permulaan kepada masalah penagihan dadah.

“Dulu ‘smoking’ (merokok). Kemudian dadah dan syabu,” katanya.

Leave a Reply