Input your search keywords and press Enter.

Bayi 9 Bulan Lemas Dalam Baldi Taska

M Update, 26/7/2019 – Seorang bayi lelaki dipercayai lemas selepas ditemui tersembam dalam baldi berisi air di tandas sebuah taska di Jalan Kebun, di sini, tengah hari semalam.

Difahamkan, mangsa Abdul Rayyan Mijan, ditemui penjaga taska berkenaan, dengan tubuh yang kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan, selepas bayi itu didapati tiada di dalam bilik. Menurut sumber, pengasuh dikatakan lupa untuk menutup pintu bilik air sebelum mangsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air berkenaan.

Beliau berkata, ibu mangsa dimaklumkan mengenai perkara itu daripada pihak taska yang memberitahu anaknya tidak sedarkan diri. Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, petang tadi,” katanya. Usaha untuk mendapatkan ibu mangsa gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, ketika dihubungi memaklumkan siasatan kes itu masih dijalankan.

Leave a Reply