Input your search keywords and press Enter.

Kaki Sultan Abdullah Tersepit Pintu

M Update, 2/8/2019 – Cool dan relaks itulah tindakan Yang dipertuan Agong apabila pemandu Tuanku iaitu Azman, 53, yang merupakan pemandu rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu telah telah menutup pintu kereta dalam keadaan kaki Seri Paduka masih berada di luar. Kejadian itu berlaku sekitar 1995 semasa Sultan Abdullah bergelar Tengku Mahkota Pahang yang mana kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

“Saya hairan juga kenapa pintu tidak boleh dirapatkan… beberapa kali saya cuba rapatkan pintu tapi seperti ada benda yang menghalang dan akhirnya saya lihat ke bawah dan ternampak kasut Tuanku berada antara dalam dan luar kereta.

“Berderau darah saya semasa itu. Saya terus memandang Tuanku dan rupanya baginda sudah merenung saya. Segera saya memohon ampun dan nasib baik Tuanku ‘cool’ sahaja dan menjawab tak mengapa,” 

Bercerita kebiasaan pasangan diraja itu ketika berada di dalam kereta, Azman berkata Sultan Abdullah gemar radio dipasang berbanding Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang suka radio ditutup dan lazimnya mengambil peluang memeriksa telefon bimbit atau mengait.

Pilihan radio Sultan Abdullah, menurut Azman yang merupakan anak jati Kampung Mengkasar, Pekan dekat sini ialah saluran yang memainkan seleksi lagu 70-an dan 80-an, dengan ‘volume’ perlahan dan akan menitahkan supaya bunyi radio ditinggikan sedikit jika ada lagu yang digemari.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga amat mengambil berat akan keselamatan dan sering bertitah supaya tidak memandu laju, terutamanya jika hari hujan atau di laluan berbengkang-bengkok kerana dibimbangi akan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Malah, pemandu juga diingatkan untuk berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan jauh, dan jika baginda akan bertolak ke lokasi dengan menaiki helikopter, pemandu dititahkan bergerak sehari awal supaya dapat berehat sebelum bertugas.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *