Input your search keywords and press Enter.

Semua Negeri Setuju Menaikkan Kadar Tarif Air

M Update, 23/1/2019 – Semua pun dah tahu kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Penstrukturan ini perlu mengambil kira penanda aras tertentu sebelum menaikkan tarif bagi menjaga kepentingan pengguna.

Kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan akan dirunding dengan semua kerajaan negeri. Pengguna sendiri akan boleh terima dan mereka tahu perkhidmatan lebih bagus dan sama-sama majukan industri air.

Secara amnya semua negeri sudah bersetuju dengan cadangan itu, namun kadar kenaikan belum ditetapkan. Perbincangan masih berjalan dan beberapa negeri sudahpun bersetuju.

“Ini adalah keputusan kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ( SPAN ), kita mahu lakukan yang terbaik untuk negara,” – Dr Xavier

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply