Input your search keywords and press Enter.

Perlis Bantu Bina Rumah Ranap Akibat Ribut

M Update, 14/8/2019 – Kerajaan Perlis akan membina rumah baharu berharga RM30,000 bagi mangsa yang rumah mereka musnah dilanda ribut pada Jumaat lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Bagi setiap rumah yang ranap, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menyumbang RM25,000 manakala kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menjadikan jumlah keseluruhan RM30,000.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula akan memberi bantuan maksimum RM5,000 kepada setiap mangsa bencana itu. Bantuan itu akan diselaraskan dan dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Mengikut rekod JKM, ribut yang membadai pada Jumaat lepas merosakkan 567 rumah dalam kawasan Parlimen Kangar, 270 buah (Parlimen Padang Besar) dan 242 buah (Parlimen Arau).

Sumber : Bernama

Leave a Reply