Input your search keywords and press Enter.

Dakwaan Nora Anne Dirogol Adalah Fitnah

M Update, 15/8/2019 – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun bernama Zikri Armstrong kerana memuat naik ciapan mendakwa Nora Anne Quoirin dirogol orang asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan pengguna laman sosial itu adalah satu fitnah.

Setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung ciapan berkenaan yang mulai tular sejak semalam. Polis akan melakukan siasatan terhadap pengguna Twitter itu.

“Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan (mengenai ciapan), bagaimanapun akan melakukan siasatan,”

Terdahulu, tular di laman sosial satu ciapan oleh pengguna lelaki menggunakan nama Zikri Armstrong mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemui mati selepas 10 hari itu dirogol orang asli.

“Perogol Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli still dont have IC or any sort of citizen data. Bet me,”

Lokasi resort tempat penginapan Nora Anne dan keluarganya dekat hutan di Pantai, di Seremban, adalah berdekatan kawasan penempatan suku asli.

Selepas 10 hari kehilangannya, mayat Nora Anne ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort berkenaan tanpa pakaian jam 1.57 tengah hari, kelmarin.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply