Input your search keywords and press Enter.

Khat & Jawi – Keputusan PM Dibuat Secara Konsensus

M Update, 15/8/2019 – Semua keputusan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk hasrat memperkenalkan seni khas dan tulisan Jawi bagi mata pelajar Bahasa Melayu Tahun 4, tidak seharusnya dipertikaikan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata ia berikutan semua keputusan dibuat Perdana Menteri adalah secara konsensus, yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat minggu Kabinet.

Justeru, beliau mengingatkan mana-mana pihak di luar Kabinet, khususnya mereka yang sering membuat pertikaian sebelum ini agar berhenti berbuat demikian.

“Yang banyak bercakap dan mempertikaikan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pihak berada di luar Kabinet kerana mereka tidak memahami apa yang berlaku.

“Berhentilah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri kerana setiap keputusan itu diputuskan bersama Jemaah Menteri. Jangan biarkan isu ini menjadi punca perpecahan dan menggugat keharmonian kaum, ” Rina Mohd Harun

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply