Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kompromi Terhadap Pihak Bangkit Isu Sensitif – Muhyiddin

M Update, 3/9/2019 – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak menyekat hak bersuara rakyat, namun maklumat yang dikongsi perlulah disahkan kebenarannya bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang menimbulkan fitnah dan kebencian sehingga menyebabkan rakyat merusuh. Terdapat garis yang halus antara kebebasan bersuara dengan ucapan yang menggalakkan kebencian dan keganasan,” katanya.

Dalam hal itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dilihat lebih tegas dalam mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dalam negara. Tindakan yang diambil perlu adil tanpa mengira siapa atau latar belakang individu-individu yang cuba untuk memainkan isu sensitif dengan bertujuan untuk memporak-perandakan negara,” katanya, yang memberi amaran tegas serta mengarahkan PDRM tidak bertolak ansur dalam keadaan sedemikian.

Muhyiddin berkata kerajaan khususnya KDN sedang berhadapan dengan pelbagai isu terutama yang melibatkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) yang telah disensasikan dengan tujuan untuk menggugat kerajaan baharu supaya dilihat tidak melindungi ketiga-tiga aspek tersebut. Isu ini semakin hangat apabila tindakan kerajaan dipertikaikan seolah-olah kerajaan gagal melaksanakan fungsinya.

“Saya percaya peranan kita terutama warga KDN sangat penting bukan sahaja sebagai agensi penguat kuasa malah berperanan penting dalam memberi kefahaman kepada rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar,” katanya.

Dengan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat daripada 86.3 peratus pada 2017 kepada 96.5 peratus pada 2018, penggunanya seharusnya lebih beretika dan bertanggungjawab dengan tidak menyalahgunakan platfom itu untuk memanipulasi maklumat, menularkan berita palsu dan fitnah yang hanya akan mengelirukan pemikiran masyarakat, katanya – Bernama

Leave a Reply