Input your search keywords and press Enter.

Kereta Api, Trak Berlanggar Di Tokyo

M Update, 05/09/2019 – Seramai 30 orang cedera apabila sebuah kereta api penumpang dan trak berlanggar di satu persimpangan jalan berhampiran Tokyo, hari ini.

“Setakat apa yang kami ketahui ketika ini, 30 orang dilaporkan cedera, tetapi kami masih belum menerima pengesahan lanjut mengenai tahap kecederaan yang dialami mereka,” kata jurucakap jabatan bomba Yokohama kepada AFP.

Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan gerabak pertama kereta api terbabit tergelincir lalu terbalik, mengakibatkan cerminnya pecah, manakala beberapa bahagian lain terbakar.

Pengendali kereta api terbabit, Keikyu turut melaporkan beberapa orang cedera dalam insiden berkenaan.

“Kami ingin mengesahkan bahawa kereta api itu melanggar sebuah trak.

“Kejadian itu berlaku di satu persimpangan di selatan Tokyo,” kata jurucakap Keikyu, Takuro Sekine.

TRAK remuk setelah kereta api bertembung di Tokyo. FOTO: AFP

Leave a Reply