Input your search keywords and press Enter.

Mati Ditembak Tuntut Cerai

M Update, 05/09/2019 – Seorang wanita yang baru dibebaskan dari penjara kerana menjalin hubungan sulit, ditembak mati sebanyak enam kali oleh suaminya di luar mahkamah.

Daily Mail melaporkan, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti sebelum itu menjalani hukuman penjara selama setahun setengah.

Sebaik dibebaskan, pasangan itu kemudiannya memfailkan perceraian namun wanita terbabit ditembak suami di kawasan parkir mahkamah selepas hadir untuk sesi keempat.

Jurucakap polis, Abdul Khaliq yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki berusia 24 tahun terbabit ditahan di tempat kejadian dan didakwa atas kesalahan bunuh.

“Siasatan awal mendapati masalah mereka berlarutan sejak tahun lalu ketika wanita itu ditahan dan dihukum penjara hingga April tahun ini susulan pertelingkahan yang dialami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *