Input your search keywords and press Enter.

Bilik Darjah Runtuh Di Nairobi

M Update, 23/09/2019 – Tujuh pelajar maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas bilik darjah mereka runtuh dalam kejadian di Nairobi, Kenya pagi tadi.

AFP yang memetik St John Ambulance menerusi akaun Twitter berkata, kejadian itu berlaku di Previous Talent Academy di Dagoretti.

“Tujuh maut, beberapa lagi cedera selepas bilik darjah runtuh di Previous Talent Academy di Dagoretti,” kata St John Ambulance yang turut menghantar anggota penyelamat ke lokasi kejadian.

Ia menimbulkan kemarahan penduduk di penempatan miskin di kawasan terbabit yang kesal dengan kejadian terbabit.

Beratus orang daripada mereka dilaporkan turun mengerumuni lokasi kejadian di mana anggota penyelamat mencari mangsa di bawah sisa runtuhan.

“Tujuh orang maut dan kejadian ini amat malang sekali. Selain itu, pelajar lain turut dimasukkan ke hospital,” kata ketua polis, George Seda.

Leave a Reply