Input your search keywords and press Enter.

21 peguam ‘penipu’ diburu

M Update, 3/10/2019 – Sebanyak 21 peguam diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak 2012 sehingga kini membabitkan kerugian RM30.4 juta.

Difahamkan, seorang daripada mereka yang diburu pernah menguruskan satu kes membabitkan urusan pembelian tanah kelapa sawit dengan seorang pemimpin kanan parti politik di Sabah pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad berkata, kesemua individu terbabit telah dikeluarkan daripada senarai pengamal undang-undang oleh Majlis Peguam. Ujarnya, sebanyak 21 kes penipuan dilaporkan di Selangor diikuti Kuala Lumpur (11), Johor Bahru (3), Pahang (2) dan Perak serta Negeri Sembilan masing-masing (1). Lapan daripada peguam yang diburu telah mendapat arahan pertuduhan membabitkan 15 kertas siasatan manakala 13 lagi masih disiasat.

“Melalui semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kita mendapati sebanyak 16 peguam masih berada di dalm negara manakala lima lagi dipercayai berada di luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zakaria memberitahu, hasil siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dalam kes pecah amanah dan penipuan kes tidak wujud. Selain itu, sebahagian daripada mereka juga dipercayai menggunakan firma guaman sendiri untuk melakukan penipuan tersebut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *