Input your search keywords and press Enter.

Dua Polis Maut Dirempuh Lori

M Update, 6/11/2019 – Dua anggota polis dilaporkan maut akibat dirempuh lori penghantar roti selepas selesai menjalankan tugas sekatan jalan raya di Pasir Gudang, awal pagi hari ini. Difahamkan, kemalangan 5.30 pagi itu berlaku di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih.

Lori terbabit dikatakan terbabas ke kiri jalan, lalu melanggar enam anggota polis yang berada di tempat kejadian.

“Seorang sempat mengelak, tiga cedera dan dihantar ke hospital, manakala dua meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, siasatan polis sedang dijalankan dan maklumat lengkap berhubung kemalangan itu akan dimaklumkan nanti. Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Zainudin Sabani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian, namun semua mangsa sudah dibawa ke hospital.

“Orang awam membawa mangsa cedera ke hospital sebelum ketibaan bomba. Manakala, dua anggota polis yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *