Input your search keywords and press Enter.

Tomboi Dicekup Berkhalwat

M Update, 17/12/2019 – Wanita yang berperwatakan tomboi dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel bajet di Mergong, di Alor Setar, hari ini.

Mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada 12.55 tengah malam ketika berada di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan. Ketika dicekup, lelaki berusia 25 tahun itu memberi alasan menyewa bilik itu untuk mengadakan perbincangan selain ingin mengajak wanita terbabit kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun yang berambut pendek dan berperwatakan seperti lelaki berusia 23 tahun itu pula memberi alasan disisih keluarga dan menyewa di situ. Difahamkan, pasangan itu masing-masing tinggal di kawasan Mergong dan tidak jauh dari kawasan hotel bajet berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah dan Undang-undang JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kes khalwat di hotel itu sebelum anggotanya bergegas untuk melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, operasi diketuai pegawainya, Mohd Farahi Mohd Jamil dibantu anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu melakukan pemeriksaan di sebuah bilik di hotel itu dan mendapati, terdapat satu pasangan bukan mahram ditemui dalam bilik berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen menunjukkan mereka suami isteri atau mahram ketika ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Radzi berkata, berikutan itu, pasangan itu kemudian ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat Agama Daerah Kota Setar. Beliau berkata, mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan keluarga sebelum dipanggil untuk perbicaraan di mahkamah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *