Input your search keywords and press Enter.

Ayob Khan Dilantik Ketua Polis Johor Baru

M Update, 7/2/2020 – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bakal dilantik Ketua Polis Johor.

Pelantikan itu dibuat selepas Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad, berkata pelantikan dan pertukaran itu berkuat kuasa 6 Mac depan.

Selaras pelantikan itu, Ayob Khan yang kini berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) akan dinaikkan pangkat pemangku Komisioner Polis (CP). – Bernama

Leave a Reply