Input your search keywords and press Enter.

MOT : Belum Rancang Sambung Cari MH370

M Update, 11/2/2020 – Kementerian Pengangkutan tidak membuat sebarang keputusan bagi melancarkan semula misi pencarian baharu bagi mencari serpihan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

Kementerian Pengangkutan, dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang bukti kukuh baharu bagi membolehkan proses itu dimulakan.

“Kementerian Pengangkutan bersimpati dengan ahli keluarga mangsa dan menyokong mereka, kementerian ini tidak membuat sebarang keputusan untuk melancarkan semula pencarian baharu. Bagaimanapun, kementerian akan menilai semua bukti baharu yang diterima secara rasmi.

“Tambahan pula, kementerian perlu merujuk kepada kedua-dua kerajaan China dan Australia jika satu keputusan membabitkan pelancaran semula pencarian mahu dibuat,” katanya.

Semalam, media Australia Sydney Morning Herald, melaporkan satu pencarian akan dijalankan dengan harapan penemuan serpihan baharu akan mengecilkan skop pencarian. – HM Online

Leave a Reply