Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kes Covid-19 Di Sarawak

M Update, 13/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menafikan berlaku kes COVID-19 di Sarawak seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Dr Chin Zin Hing menegaskan perkara itu adalah tidak benar dan penyebaran berita palsu sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Setakat ini, tiada kes disahkan Covid-19 dilaporkan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zin Hing, setakat jam 12 tengah hari semalam, pihaknya menerima laporan sebanyak 76 kes PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19. Daripada jumlah itu, katanya tiada kes positif yang dilaporkan iaitu 59 kes disahkan negatif melalui ujian makmal manakala 17 kes lagi masih menunggu keputusan.

Justeru, beliau menasihat orang ramai supaya sentiasa merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sama ada oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengetahui situasi semasa wabak itu di Malaysia umumnya dan Sarawak khususnya.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita yang tidak benar,” katanya.

Leave a Reply