Input your search keywords and press Enter.

KPN : PDRM Sentiasa Bersiap Sedia Jaga Ketenteraman Awam

M Update, 24/02/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya PDRM akan terus memantau perkembangan politik tanah air.

“Setakat ini, keadaan di seluruh negara aman dan tenteram. Semua pihak dan orang ramai diharapkan menghormati sepenuhnya proses demokrasi dan memastikan hak pelbagai kebebasan yang termaktub di dalam perlembagaan dijaga sebaik-baiknya.

“Keamanan dan ketenteraman dalam negara amat penting dipelihara setiap masa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta untuk memberikan komen mengenai keselamatan susulan spekulasi pensejajaran semula kerajaan baharu. – BH Online

Leave a Reply