Input your search keywords and press Enter.

PERKESO Sedia Ujian Saringan COVID19 Percuma

M Update, 28/4/2020 – Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ke atas pekerja termasuk pekerja asing syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula semalam.

Ujian saringan COVID-19 disediakan secara percuma kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dengan PERKESO. Menurut PERKESO dalam kenyataan semalam, pendaftaran PSP boleh dibuat melalui portal PSP PERKESO di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my menggunakan nombor kad pengenalan pekerja atau nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KSPA) bagi pekerja asing.

Syarat dan prosedur saringan akan dipaparkan di https://prihatin.perkeso.gov.my, laman sesawang PERKESO di www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi PERKESO.

“Saringan COVID-19 ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam fasa pertama yang bermula hari ini, saringan COVID-19 disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik PERKESO.

Saringan akan ditumpukan kepada pekerja yang perlu bekerja di zon berisiko jangkitan COVID-19.

“Dalam Fasa Kedua yang akan dimaklumkan kelak, saringan disediakan melalui panel Klinik PSP PERKESO.

PSP PERKESO adalah salah satu usaha mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah antara tunggak utama perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja di negara ini.

“Program ini membolehkan pencarum PERKESO mengetahui sama ada mereka bebas COVID-19 atau tidak, dan mengambil langkah pencegahan yang lebih teliti agar kekal sihat sewaktu menjalankan tugas dalam tempoh PKP,” menurut PERKESO.

Sebarang maklumat dan perkembangan terkini berkenaan program ini akan dihebahkan melalui saluran-saluran rasmi PERKESO di laman sesawang www.perkeso.gov.my, media sosial rasmi PERKESO serta Portal SeHAT, https://sehat.perkeso.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi talian 1-300-22-8000 / 03-4264 5555 / 03-8091 5100 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my.

Leave a Reply