Input your search keywords and press Enter.

Sabah Buka Pintu Udara, Laut Dan Darat Untuk Warganegara

M Update, 3/6/2020 – Kerajaan negeri membenarkan warganegara Malaysia memasuki Sabah sama ada menerusi udara, darat dan laut.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan hari ini berkata kebenaran itu turut tertakluk untuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. Menurutnya, kebenaran itu diberikan dengan beberapa ketetapan tertentu yang telah diperincikan.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengecualikan mereka menjalani kuarantin dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan negatif.

“Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) hendaklah dikemukakan setibanya di Sabah. Selain itu, bagi pemastautin dan bukan warganegara diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas lain yang masih sah apabila tiba di Sabah,” katanya.

Shafie turut berkata pihaknya mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah menginap di hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *