Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat – Kementerian Perpaduan Negara

M Update, 26/01/2021 – Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok bersempena sambutan Thaipusam, diberi selepas pihak berkuasa mengambil kira perayaan itu merupakan upacara penting sambutan berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, program itu perlu mematuhi syarat…

PKP 2. 0 : TABIKA Perpaduan Diarah Tutup Sepanjang PKP

M Update, 19/01/2021 – Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan semua TABIKA Perpaduan di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0). Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan trend harian kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Katanya, penutupan itu juga mengambil kira pengumuman…

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus Di Peringkat Jawatankuasa

M Update, 4/12/2020 – Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah selesai dibahas, digulung dan melalui proses pengundian baik secara suara majoriti atau belah bahagian. Ada Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai kemenangan 11-0 untuk kerajaan Perikatan Nasional selepas peruntukan Belanjawan 2021 bagi semua 11 kementerian yang…

Taman Rukun Negara Akan Diwujudkan Di Labuan – Annuar

M Update, 7/9/2020 – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Rukun Negara di Labuan dalam masa terdekat bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara sekali gus menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Labuan dipilih sebagai lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dua…

Pupuk Semangat Patriotisme Berterusan, Bukan Bermusim – Angkasawan

M Update, 3/9/3030 – Semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk sepanjang masa dan bukannya bermusim, kata angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau berkata semangat itu haruslah dididik sejak kecil seawal usia empat tahun dan berterusan. “Saya rasa penghayatan nasionalisme dalam kalangan remaja dan rakyat Malaysia amat…

Pengguna Media Sosial Diingatkan Jaga ‘Kesopanan Dan Kesusilaan’

M Update, 2/9/2020 – Kementerian Perpaduan Negara mengingatkan pengguna media sosial agar sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara, khususnya yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ dalam interaksi menerusi dunia maya bagi memelihara perpaduan masyarakat dan keharmonian negara. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata sikap segelintir pengguna media sosial yang…

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Pasang Bendera Terbalik – Shabudin

M Update, 24/8/2020 – Kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik kerana ia merupakan pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahya berkata perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera…

Rakyat Diminta Hormati Dan Hargai Jalur Gemilang – Halimah

M Update, 17/8/2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique meminta rakyat Malaysia menghormati dan menghargai nilai Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan negara ini. Beliau berkata mencintai negara bukan hanya bermaksud memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain atau menghormati kepelbagaian bangsa dan agama, tetapi juga menjaga Jalur Gemilang. Halimah berkata demikian sebagai respons kepada gambar tular mengenai Jalur…