Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

Ringgit jatuh paras terendah dalam setahun setengah

Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh setahun setengah berikutan kebimbangan perang perdagangan yang lebih meluas. Sentimen pasaran terjejas selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi Twitternya bahawa tarif 5% akan dikenakan terhadap semua barangan dari Mexico bermula 10 Jun 2019. Trump berkata tarif itu akan meningkat beransur-ansur…

Selepas Malaysia, Filipina pula pulang sampah ke negara asal

M Update, 31/05/2019 – Filipina bertindak memulangkan semula bertan sampah dihantar ke negara itu beberapa tahun lalu dari Kanada hari ini susulan tekanan diplomatik yang menyaksikan kebangkitan negara Asia menolak dari dijadikan gedung pembuangan sampah antarabangsa. Selepas sekian lama menggesa Kanada mengambil semula sampah itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengecam…

Tun M bimbang ramai hilang pekerjaan daripada penggabungan Telenor dengan Axiata

Baru-baru ini wakil pejabat Perdana Menteri mengesahkan tentang kebimbangan beliau berhubung pemotongan pekerjaan selepas Bloomberg cuba mendapatkan ulasan. Wakil itu, yang meminta tidak disebutkan namanya, merujuk kepada dasar tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad meminta lebih banyak perincian berhubung penggabungan operasi telekomunikasi…

Pelajar, guru ‘mengamuk’ bajet pendidikan dipotong

M Update, 31/05/2019 – Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi beberapa jalan raya utama di seluruh Brazil, bantahan kedua dalam tempoh beberapa minggu susulan rancangan kerajaan untuk mengurangkan belanjawan pendidikan. Kerajaan Presiden Jair Bolsonaro membangkitkan kemarahan pelajar dan guru berhubung cadangan untuk mengurangkan 30 peratus perbelanjaan untuk beberapa universiti awam pada separuh…

Pertemuan Dua hala Dr Mahathir bersama Abe

M Update, 31/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Perdana Menteri dan rombongan tiba pada jam 10.15 pagi waktu tempatan. Pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu turut disertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke…

Arab Saudi gesa dunia Islam tolak campur tangan Iran

M Update, 31/05/2019 – Arab Saudi berusaha mendapatkan sokongan di kalangan negara Islam untuk menentang seteru utamanya, Iran, menuntut ‘ketegasan’ terhadap serangan kemudahan minyak di Teluk, ketika ketegangan serantau memuncak. Menteri Luarnya, Ibrahim al-Assaf menyelar ‘campur tangan’ Iran di rantau itu, beberapa jam selepas Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), John…

58 pelarian Rohingya terselamat dari cubaan penyeludupan manusia

M Update, 31/05/2019 –  Pengawal pantai Bangladesh berjaya menghentikan tindakan 58 pelarian Rohingya daripada membuat perjalanan berbahaya ke Malaysia menerusi laluan laut dan menahan dua disyaki penyeludup manusia. Leftenan Josel Rana berkata, pasukan pengawal pantai yang bertindak atas maklumat mengejar sebuah bot nelayan berhampiran Saint Martin, kepulauan kecil Bangladesh di…

Wanita Pengsan, Baju Raya Musnah Rumah Terbakar

M Update, 31/5/2019 – Seorang wanita pengsan selepas terkejut melihat rumah pangsa didiaminya bersama suami dan tiga anak terbakar di Chendering, di sini, malam tadi. Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu turut menyebabkan segala persiapan menyambut Aidilfitri termasuk pakaian raya keluarga itu hangus apabila 45 peratus kediamannya termasuk sebuah bilik…

21 maut, 30 cedera bas bertembung dengan trak

M Update, 30/05/2019 – Seramai 21 orang maut apabila sebuah trak dan bas membawa penumpang dari upacara keagamaan di gereja Katolik bertembung, sebelum terbakar di timur Mexico, semalam. Menurut sumber rasmi, nahas ngeri itu turut mencederakan 30 yang lain. Ketua perkhidmatan Perlindungan Awam negeri Velacruz, Guadalupe Osorno berkata, pakar forensik…