Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2022

Malaysia Berdepan Gelombang Omicron XBB, Trend Jangkitan Dijangka Meningkat

M Update, 31/10/2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk terus berwaspada susulan negara sedang berdepan gelombang kecil Covid-19 membabitkan sub-varian Omicron XBB. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, empat kes XBB tersebut terdiri daripada tiga individu lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 25 hingga…

Waspada Taktik Penipuan Bantuan RM500 TNG – Polis

M Update, 28/10/2022 – Orang ramai dinasihatikan agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang melibatkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan ‘Touch ‘N Go (TNG) yang dikongsi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan…

PRU15: YDPA Titah Rakyat Malaysia Di Singapura Tunaikan Tanggungjawab

M Update, 28/10/2023 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 Nov ini. “Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan untuk mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun (tinggal)…

Enam Kenderaan Rosak Teruk Tangki Air Pecah

M Update, 28/10/2023 – Tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok pangsapuri di Taman Mas, Sepang pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk, semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian 7.15 petang itu serpihan tangki air yang jatuh telah…

PRU15: Kebanyakan Harga Tiket Penerbangan Turun

M Update, 28/10/2023 – Purata tambang penerbangan domestik sehala sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang beroperasi pada tarikh 16 hingga 20 November ini menunjukkan penurunan. Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata pemerhatian terkini suruhanjaya itu pada 25 Oktober lalu menunjukkan kebanyakan tambang penerbangan sepanjang tempoh perjalanan…

Pameran ATM Di AKM Pahang Bermula Esok

M Update, 27/10/2022 – Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran aset dan kehebatan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ke-12 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang selama tiga hari bermula esok. Timbalan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pertahanan (MINDEF) Mohamed Rashdan Mohamed Razali berkata pameran berkaitan aset pertahanan…

PRU15: Masil Terlalu Awal Ramal Cuaca – MET

M Update, 27/10/2022 – Masih terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat ramalan cuaca pada tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bulan depan. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Arip, berkata corak cuaca tidak boleh ditentukan pada masa ini kerana negara masih berada di Fasa Peralihan…

PRU15: Jangan Ubah Suai Kereta Untuk Berkempen – JPJ

M Update, 27/10/2022 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata sekiranya terdapat kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti yang ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan…

Jangan Jual Peranti Siswa, Hasrat Kerajaan Bantu Pelajar B40 – PM

M Update, 26/10/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu pelajar yang mendapat PerantiSiswa menerusi Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak menjual peralatan berkenaan. Katanya, kerajaan memberi secara percuma peranti itu untuk memudahkan pelajar dalam pembelajaran. “Saya harap pelajar yang menerima peranti siswa jangan menjualnya, tujuan kita membantu mereka.…

PM Hantar Ucapan Tahniah Kepada Sunak Dalam Bahasa Melayu

M Update, 26/10/2022 – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Rishi Sunak yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) baharu, semalam. Ucapan itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada pemimpin Parti Konservatif itu, menerusi satu surat yang ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam ucapan tahniah itu, Ismail Sabri…