Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2022

Hukuman Mati Nagaenthran Dilaksanakan Pagi Tadi

M Update, 27/04/2022- Rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam menjalani hukuman gantung di sini, awal pagi ini dan mayatnya akan dibawa pulang ke Ipoh hari ini.  Semalam, Mahkamah Rayuan Singapura, menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu…

Larangan Penggunaan 3 Kategori Kenderaan Mikromobiliti – MOT

M Update, 26/04/2022 – Kementerian Pengangkutan menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti membabitkan tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata larangan itu dibuat menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada…

Aidilfitri: Maklum Pada Polis Jika Mahu Balik Kampung

M Update, 26/04/2022 – Kes jenayah pecah rumah dijangka meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa di seluruh negara sejak dua tahun lalu menyebabkan penurunan kes jenayah pecah rumah…

Aliff Shukri Hadir Beri Keterangan Di SKMM

M Update, 26/04/2022 – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri. Beliau tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar…

Surat Tawaran Haji Perlu Dijawab Dalam Masa Tujuh Hari

M Update, 26/04/2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan. Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, disebabkan kesuntukan masa, TH…

Kemaruk Follower, ASP Dikecam Buat Live Tiktok Masa Serbuan

M Update, 25/04/2022 – Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan. Video berkenaan dirakam pegawai wanita terbabit dipercayai sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain. Dalam video berdurasi seminit…

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1 Mei

M Update, 22/04/2022 – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan…

3 Lelaki Didenda RM100 Bermain Meriam Karbaid, Tular Video

M Update, 22/04/2022 – Mahkamah Majistret, di sini menjatuhi hukuman denda RM100 terhadap dua lelaki atas kesalahan bermain meriam karbaid, manakala seorang lagi turut didenda RM100 kerana merakam dan menularkan aktiviti itu di media sosial. Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Shahrul Izzuan Kamaruzaman, Muhammad Nawar…

Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah

M Update, 22/04/2022 – Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, Selasa lalu. Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol. Tertuduh diwakili Haziq Aizuddin…