Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

December 2020

Produk Import : KPDNHEP Cadang Guna Sistem Kod QR

M Update, 31/12/2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan penggunaan sistem Kod QR pada produk import bagi menangani ketirisan di pintu masuk negara dan mengelak isu seperti kartel daging import berulang. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata ia bagi memudahkan pegawai berkaitan mengesan daging atau…

MB Pahang Sumbang Bantuan Kepada Petugas Barisan Hadapan

M Update, 31/12/2020 – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menyumbangkan kira-kira 12,000 pelitup muka dan keperluan makanan kepada lebih 200 petugas barisan hadapan yang digerakkan untuk menangani Kluster Tembok Mempaga di Penjara Bentong. Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh…

Agong & Permaisuri Zahir Harapan Tahun Baharu 2021, Negara Pulih Dari COVID-19

M Update, 31/12/2020 – Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana…

COVID-19 : Perang Belum Tamat, Kian Sengit – Dr Noor Hisham

M Update, 31/12/2020 – Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.…

Suspek Utama Sunting Video Hina Lagu Indonesia Raya Disyaki Warga Indonesia – KPN

M Update, 31/12/2020 – Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial dan bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah…

PERKESO Sediakan 1 Juta Kit Ujian Saringan COVID-19

M Update, 31/12/2020 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan hampir satu juta kit ujian RTK-Antigen untuk pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19. Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz Mohammed, berkata kit ujian itu diagihkan secara percuma kepada klinik yang menyertai Program Saringan COVID-19 bagi Pekerja Asing, bermula secara…

Polis Buru Pesakit COVID-19, Lari Dari Hospital Tampin

M Update, 31/12/2020 – Polis mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab, berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi. “Kali terakhir dilihat lelaki…

Sarawak Ambil Langkah Serius Dalam Isu Penyeludupan Daging

M Update, 31/12/2020 – Kerajaan Sarawak mengambil serius isu daging seludup di negara ini dan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menyekat kemasukannya ke negeri ini, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak mengambil berat dan menyokong apa…