Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kes LTTE

Pengguguran Kes LTTE Akan Disemak Semula: KDN

M Update, 12/3/2020 – Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau akan berbincang berhubung perkara itu dengan…

Kes LTTE : ADUN P. Gunasekaren Bebas Tuduhan

M Update, 24/2/2020 – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian…

LTTE : ADUN Gadek Mengaku Tak Bersalah Beri Sokongan Kepada LTTE

M Update, 22/1/2020 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menggunakan aplikasi Facebook. G. Saminathan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil…

Kes LTTE: Jaminan 2 ADUN, CEO Ditolak

M Update, 18/12/2019 – Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini menolak permohonan jaminan tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berhubung pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada November 2018. Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, 60; ADUN…

Kes LTTE : Tunggu Laporan SKMM Dan Pakar Keganasan

M Update, 28/11/2019 – Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini, menetapkan 12 Disember depan untuk sebutan semula kes dua lelaki didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar keganasan. Kedua-dua tertuduh, S Arivainthan,…

LTTE: Isu Jaminan ADUN Gadek, G. Saminathan Diketahui Jumaat ini

M Update, 27/11/2019 – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya. Saminathan, 34, yang menghadapi pertuduhan…

LTTE: Pendakwaan batal mungkin sebab teknikal

MUpdate, 6/11/2019 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak terkejut dengan tindakan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran. Abdul Hamid berkata, perkara itu adalah normal dalam pendakwaan dan ia mungkin berpunca daripada…

Kes LTTE : Cegah Sebelum Kegiatan Militan Menyerang

M Update, 4/11/2019 – Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini bagi mencegah cubaan menghidupkan semula kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis menahan mereka selepas siasatan dan mempunyai bukti individu terbabit memberi…