Input your search keywords and press Enter.

HARGA RUMAH TURUN

Gambar Hiasan

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez menyatakan, aliran harga rumah terus menunjukkan trend penurunan sebanyak 2.3% dijangka berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh separuh pertama 2019 walaupun terdapat pe­ningkatan sentimen pengguna dan da­sar-dasar kerajaan yang proaktif seperti yang diumumkan dalam Bajet 2019.

Walaupun terdapat penurunan dalam permintaan harga, permintaan hartanah di Kuala Lumpur masih kukuh dengan kawasan yang paling popular dan menjadi tumpuan adalah Bangsar, Mont Kiara dan Cheras dan jenis harta­nah yang paling dicari di ketiga-tiga kawasan tersebut adalah kondominium, diikuti dengan pangsapuri dan rumah bandar. Ketiga-tiga jenis hartanah berkenaan menjadi yang paling digemari di Kuala Lumpur mungkin di­sebabkan oleh harga kemasukannya yang lebih berpatutan berbanding hartanah bertanah. Dari segi harga, ramai yang mencari di bawah harga RM300,000 sebuah, namun ia sukar untuk didapati kerana banyak hartanah di lokasi ini bernilai lebih daripada julat harga berkenaan

Bagi negeri Selangor pula permintaan untuk hartanah terus meningkat meskipun harga menurun, dengan harta­nah di Petaling Jaya, Shah Alam, dan Subang Jaya menduduki tempat teratas dalam senarai berkenaan. Hartanah yang paling dicari di kawasan tersebut adalah kondominium, diikuti dengan pangsapuri dan rumah teres dua tingkat, dengan banyak pembeli berpotensi berminat kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Terdapat peningkatan yang kuat dalam permintaan untuk hartanah yang terletak secara strategik atau secara langsung dihubungkan dengan laluan MRT dan LRT.


Selain itu, PropertyGuru juga mendapati bahawa 1.3 juta rakyat Malaysia mencari hartanah di portal berkenaan dan terdapat peningkatan minat terhadap hartanah di lokasi-lokasi ‘panas’ di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Kawasan perumahan yang paling popular di Pulau Pinang adalah Georgetown, Bayan Lepas dan Tanjung Tokong manakala di Johor pula lokasi yang paling popular adalah Johor Bahru, Nusajaya, dan Bukit Indah.

Sumber – Utusan




Leave a Reply