Input your search keywords and press Enter.

KOMANDO RENJER ORANG ASLI DITUBUH

Pada hari ini dalam tahun 1973, Pasukan Komando Orang Asli telah ditubuhkan. Penubuhan pasukan ini bertujuan menarik lebih ramai anak-anak orang asli melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi bersama-sama mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman musuh.  Selain itu, penglibatan di dalam pasukan ini dapat melahirkan  perasaan bangga dalam kalangan orang asli kerana dapat mencurahkan bakti kepada negara serta dapat mengelakkan masyarakat orang asli dari terjerumus dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, komunis dan lain-lain. Pasukan pertama yang dianggotai oleh 28 orang pemuda orang asli, menjalani latihan ketenteraan asas komando selama 6 bulan bertempat di Sungai Udang, Melaka. Penubuhan Pasukan Renjer Orang Asli ini telah memberi kesedaran kepada masyarakat orang-orang asli mengenai peri pentingnya penglibatan mereka ini demi memelihara dan mempertahankan kedaulatan, kesejahteraan,  dan keamanan negara ini selamanya.

Sumber:Arkib Negara, 446

Leave a Reply