Polis Australia dalam satu kenyataan telah menumpaskan satu kegiatan seludup dadah yang diletak dalam cincin secara teratur dan tidak dapat dikesan. Penyeludupan menggunakan petugas penerbangan yang menyeludup dadah ke Australia.
Sindiket Vietnam yang berpangkalan di Melbourne itu telah beroperasi selama sekurang-kurangnya lima tahun. kata Polis Persekutuan Australia.
Lapan orang termasuk seorang petugas Malindo Air ditahan di Melbouner minggu lepas. Malindo Air, syakrikat penerbangan kecil yang berpangkalan di Malaysia, sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Polis berkata sindiket ini telah mengimport sekurang-kurangnya 20 juta USD dadah, termasuk heroin dan dan methamphetamine, dari Malaysia.
Empat lelaki dan empat wanita, semua berusia antara 26 dan 48 tahun, didakwa dengan kesalahan mengedar dadah. Polis tidak menyatakan kewarganegaraan masing-masing.
“Krew kabin digunakan sebagai kurier dadah,” kata Penolong Pesuruhjaya AFP, Tess Walsh.
“Mereka masuk ke Australia terutamanya melalui Melbourne dan Sydney.”
Polis kemudian menjelaskan bahawa hanya seorang petugas penerbangan yang ditahan.
Dikatakan bahawa dia membawa dadah bersamanya dan di dalam bagasinya.
“Kakitangan penerbangan tidak dikecualikan dari undang-undang, mereka tertakluk seperti kesalahan yang dilakukan orang luar di sempadan” kata wakil dari Angkatan Sempadan Australia.
Lapan orang yang ditangkap akan menghadapi mahkamah di Melbourne pada bulan Mei. Malindo Air telah dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.
Sumber: BBC News