M Update 16/1/2019 – SATU rakaman video yang menunjukkan pelanggan di sebuah restoran disamun oleh sekumpulan penjenayah tular di media sosial, semalam.
Pemeriksaan Harian Metro mendapati kejadian itu sebenarnya berlaku di Bandar Cartegena di Sepanyol, bukan di Malaysia seperti didakwa.
Menurut akhbar harian yang berpangkalan di Murcia, La Verdad, kejadian itu berlaku pada 2 Januari lalu di sebuah restoran.
Difahamkan, kumpulan penjenayah berkenaan melakukan samun terhadap pelanggan restoran terbabit, lima hari berturut-turut.
Berdasarkan laporan akhbar itu, penjenayah berkenaan sudah melakukan 37 kes samun menggunakan modus operandi yang sama.
“Kumpulan itu juga menggunakan modus operandi melanggar kenderaan sebelum menyamun mangsa,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, penjenayah berkenaan turut melepaskan dua tembakan ke udara bagi menakutkan pelanggan di setiap restoran.
Katanya, mereka menggunakan senjata api bagi menakut-nakutkan pelanggan sebelum menyamun mangsa.
Terdahulu, tular video berdurasi dua minit menunjukkan kejadian samun di sebuah restoran.
Turut ditularkan beberapa gambar penjenayah yang mendakwa berlaku di negara ini.