Input your search keywords and press Enter.

Biji Timah Menarik Minat Inggeris

Menjelang tahun 1870-an, dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu mulai berubah. Kemajuan ekonomi dan perubahan politik di Britain telah mendorong perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada bulan September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengambil keputusan untuk mengubah dasar campur tangan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu. Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik, ekonomi, dan sosial.

 Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan abad ke-19 telah mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari pasaran terhadap “barangan siap” yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain. Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat berikutan kemajuan dan perkembangan industri mengetin makanan di Eropah. BijIh timah diperlukan dengan banyak sekali sebagai bahan “anti karat” iaitu menyalur tin supaya tidak berkarat. Longgokan bijih timah di Cornwall England yang semakin berkurangan dan tidak bermutu telah meresahkan pihak Inggeris. Oleh sebab itulah Inggeris telah memulakan campur tangannya untuk menguasai negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah yang berkualiti tinggi.

Permintaan dan harga bijih timah yang tinggi di Eropah telah menambah minat Inggeris untuk campur tangan Inggeris di negeri-negeri tersebut. Campur tangan Inggeris juga berlaku atas desakan oleh golongan saudagar-saudagar Cina dan Negeri-Negeri Selat yang meminta kerajaan campur tangan bagi memulihkan keamanan di Negeri-negeri Melayu akibat berlakunya anarki atau huru hara.  Akibat huru hara ini mereka gagal untuk rnengeksploitasi keuntungan kegiatan perdagangan dan pelaburan Inggeris di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, banyak pedagang dan syarikat milik British telah terlibat membuat pelaburan modal yang besar bagi memajukan kawasan perlombongan terutamanya di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Melaka. Mereka juga turut mendapatkan konsesi perlombongan dengan bayaran yang cukup tinggi.

 Buktinya pada tahun 1861, Syarikat Paterson, Simons and Company telah membayar sebanyak $33 500 bagi mendapatkan konsesi perlombongan di Kuantan, Pahang. Pada tahun 1872, Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong membayar sebanyak $30 000 kepada Datuk Kelana untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Negeri Sembilan. Pada September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengarahkan Sir Andrew Clarke (Gabenor baru bagi Negeri-negeri Selat yang baru) untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai keadaan yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Inggeris untuk melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri­-negeri Melayu.


Leave a Reply