Input your search keywords and press Enter.

FAKTOR DALAMAN KEJATUHAN KESULTANAN MELAKA

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Kerajaan ini merupakan salah sebuah kerajaan terawal yang terkenal pada abad ke-14 dan ke-15 dimana Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam di Timur. Kedudukan Melaka yang strategik telah menyebabkan Melaka berkembang  menjadi pusat perdagangan yang terkenal dan dikunjungi oleh pelbagai pedagang sama ada dari Barat dan Timur. Terdapat dua fakto kejatuhan Kesultanan Melaka dan salah satu ialah faktor dalaman. Faktor tersebut memberi kesan yang mendalam sehingga penjajahan Eropah yang membawa kebinasaan dan kehancuran Melaka.

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Bendahara Tun Mutahir. Semasa menjalankan tugasnya, Tun Mutahir bersikap pilih kasih.Oleh yang demikian timbul perasaan irihati di kalangan pembesar lain terhadap Bendara Tun Mutahir.Beliau telah difitnah  cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah amat murka dan tanpa usul baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya .Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari akan kesilapannya baginda menyerahkan pemerintahan negerinya kepada Puteranya Raja Ahmad untuk menjadi sultan Melaka. Sultan Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah. Pengganti bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun Pepatih Putih pula merupakan seorang yang uzur. Oleh yang demikian,pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah disebabkan tiada pemimpin yang berwibawa.Amalan rasuah dan fitnah – memfitnah berlaku secara berleluasa.Sistem cukai yang sedia ada pula tidak diamalkan.Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh dan Patani untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah.

Selain itu juga berlaku perbalahan pembesar-pembesar Istana.Pembesar-pembesar kembali berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan India Muslim, malah puak tua (berpihak kepada Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad Syah). Perpecahan begini melemahkan kaum bangsawan sebagai pentadbiran dan pemimpin negara. Di tambah pula kelemahan kuasa tentera. Pasukan militer menjadi semakin lemah dengan kehilangan tokoh-tokoh seperti Hang Tuah dan Hamzah Datuk Bongkok. Tun Mat Paduka Tuan yang menggantikan Tun Mutahir (setelah ia dibunuh) sudah tua dan tepok . Beliau tidak berkuasa meningkatkan tenaga tentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

 Kelemahan dan kucar-kacir di istana yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti  Tun Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan kerabat diraja, menjadi salah satu punca perpecahan di istana. Pada suatu ketika , Sultan Mahmud ingin mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu Sultan Mahmud kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.

Semangat Jihad yang lemah .Walaupun agama islam menjadi penganutan dan penyebaran utama di Melaka,namun pegangan dan penghayatan agama semakin runtuh dalam kalangan pembesar.Ini menyebakan rakyat semakin berkurang dan tidak dihayati dengan sempurna.Kesan ini semakin meningkat dan menyebabkan berlaku perkara seperti kezaliman,ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat.Dengan ini,memnigkatlah kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar secara berleluasa. 

Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral golongan bangsawan menyebabkan berlakunya pengkhianatan dikalangan masyarakat Jawa, Gujerat dan Cina yang kebanyakannya secara sulit telah menyebelahi Portugis. Mereka membantu memberi bantuan dan laluan kepada pihak Portugis untuk memboloskan diri menyerang Melaka dari luar dan dalam.

Leave a Reply