M Update, 24/1/2019 – Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun. Mesyuarat dijangka diadakan pada jam 10.30 pagi.
Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.
Sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri sudah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Tinggal tiga lagi Raja-raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu.
Sama-sama kita tunggu keputusan Raja-raja Melayu.
Sumber : Bernama