Input your search keywords and press Enter.

Perintah Sudah Keluar, Ikut Kata Raja

Thai King Maha Vajiralongkorn presides over the annual royal ploughing ceremony at the Sanam Luang park in Bangkok, Thailand on May 14, 2018. (Photo by Anusak Laowilas/NurPhoto via Getty Images)

M Update, 24/1/2019 – Raja Thailand dilaporkan sudah mengeluarkan dekri diraja bagi membolehkan pilihan raya umum pertama diadakan di negara itu, sejak rampasan kuasa pihak tentera pada 2014.

Menurut istana, tarikh pilihan raya itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, dekri yang diterbitkan dalam warta diraja, memerintahkan pilihan raya bagi memilih anggota Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya diberi tempoh selama lima hari untuk mengumumkan tarikh berkenaan.

Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak junta tentera menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra, kira-kira lima tahun lalu, menggubal semula Perlembagaan, menyekat perbezaan pendapat dan melantik sekutu tentera di jawatan kanan kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan junta berkata, pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya akhir Februari ini, tetapi ia mungkin ditangguhkan selama beberapa minggu kerana ia memerlukan persetujuan daripada Raja Maha Vajiralongkorn, 66 tahun.

Sumber: AFP, Berita Harian

Leave a Reply