M Update, 24/1/2019 – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini telah memilih sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
DAULAT TUANKU!!
Sumber : Bernama