M Update, 25/1/2019 – Bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina akan dikuatkuasa.
Skim kawalan berkenaan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta merangkumi kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi.
Antara senarai harga barangan terkawal seperti ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.
Seterusnya, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram), udang putih besar (berat 41 hingga 60 ekor sekilogram), babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).
Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.
Pengguna boleh terus membuat aduan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga yang sengaja menaikkan harga barang sesuka hati.
Sumber : Berita Harian