M Update, 25/1/2019 – Pagi tadi, Malaysia telah kemukakan cadang balas menggantung kawasan larangan kekal (RA), di ruang Pasir Gudang, Johor, lLS hingga 31 Mac 2019.
Singapura sebelum ini mencadangkan supaya tempoh penggantungan RA dan ILS dilanjutkan sehingga 31 Mei, namun Malaysia berpendapat ia terlalu lama. Bagaimanapun, ia terpulang kepada Singapura untuk mempertimbangkan cadangan balas ini,
Kementerian Luar Malaysia dan Singapura, pada 8 Januari lalu mencapai persetujuan bersama untuk menggantung pewujudan RA di ruang udara Pasir Gudang dan pelaksanaan tatacara ILS di Lapangan Terbang Seletar.
Penggantungan pewujudan RA di ruang udara Pasir Gudang dan tatacara ILS itu berkuat kuasa serta merta secara bersama untuk tempoh sebulan sebagai permulaan.
Jika Singapura bersetuju dengan cadangan balas itu langkah seterusnya ialah memeterai perjanjian bertulis antara kedua-dua negara akan dilakukan secepat mungkin.
Sumber : Berita Harian