Input your search keywords and press Enter.

Amerika-China Bergaduh Hak Milik Angkasa Lepas

M Update, 14/2/2 – Laporan risikan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Moscow serta Beijing ‘cuba membawa perang di ruang angkasa lepas’ menimbulkan kemarahan China.

Russian Today melaporkan, untuk itu China menegaskan kepada Washington bahawa ruang angkasa lepas bukannya ‘milik peribadi AS’.

“Kami tegaskan di sini, secara jelas, ruang angkasa lepas adalah milik sejagat.

“Angkasa lepas bukannya milik eksklusif mana-mana negara dan sudah tentu bukan hak milik AS,” jelas jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Beliau memberi maklum balas tersebut susulan laporan terkini oleh Agensi Risikan Pertahanan (DIA) Pentagon.

Laporan itu antara lain menyebut Rusia dan China ‘melihat ruang angkasa lepas sebagai penting dalam peperangan moden’.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply