Input your search keywords and press Enter.

Bangkai pesawat Piper Malibu Didedah

M Update, 26/2/2019 – Beberapa keping gambar serpihan pesawat ringan yang meragut nyawa pemain bola sepak Emiliano Sala dan juruterbang David Ibbotson didedahkan.

Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) memberitahu, ia akan memberi perhatian mengenai persoalan berkaitan isu lesen juruterbang terbabit.

Menurut laporan sebelum ini, jenis lesen yang dimiliki  Ibbotson hanya boleh membawa penumpang di hanya di kawasan terhad berdasarkan perkongsian kos berbanding penerbangan komersial.

Jelas AAIB, semua juruterbang perlu mempunyai ‘tujuan yang sah untuk membuat penerbangan’.

Sala menaiki pesawat ringan Piper Malibu dari Nantes ke Welsh, namun terhempas di Selat Inggeris pada 21 Januari lalu.

Mayatnya ditemui pada 6 Februari lalu, namun juruterbang belum ditemui sehingga kini.

Pesawat dilaporkan terhempas berikutan cuaca buruk menyebabkan kerosakan teruk dengan terpisah kepada tiga bahagian.

Sumber : Metro.co.uk



Leave a Reply