Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Korea Suka Malaysia - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Korea Suka Malaysia

M Update, 1/3/2019 – Malaysia semakin popular di mata rakyat Korea Selatan, apabila kedatangan pelancong dari negara itu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun lalu.

Tahun lalu sejumlah 616,783 pelancong Korea Selatan datang ke Malaysia meningkat 27.3 peratus berbanding 484,528 orang pada 2017.

Negara menerima kemasukan RM1.6 bilion, sekali gus meletakkan Korea Selatan di tangga keenam bagi kemasukan pelancong ke Malaysia.

Sebenarnya trend pelancong dari Korea untuk keluar ke pasaran Asian Tenggara sebenarnya menurun, kecuali dua negara, iaitu Malaysia dan Vietnam.

Mereka datang ke sini, kerana moto kita yang masih bertahan adalah Malaysia Truly Asia. Makanan pula macam-macam ada. Paling mereka suka makanan laut kerana murah berbanding di negara mereka.

Bagi pelancong lelaki sesetengahnya gemar bermain golf manakala wanitanya membeli-belah. Contohnya pada 2017, sebanyak 26 penerbangan khas ke Johor untuk mereka main golf sahaja.

Kita akan mempergiatkan lagi aktiviti promosi di Korea termasuk melalui saluran televisyen dan platform beli-belah. Dulu mereka nak keluar (melancong) susah. Bila dibuka untuk pelancongan, destinasi pertama adalah Malaysia, sebab kita antara yang pertama buka pejabat di Korea.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply