Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Islam agama universal. Sentiasa mengajak umatnya berlemah lembut dan bermahabbah. Tiada permusuhan dan Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh terbaik. Malah Baginda Rasulullah SAW diletakkan sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia dan menduduki carta pertama sebagai manusia paling hebat. Memiliki akhlak yang cukup terpuji dan tiada cacat celanya.
Namun baru-baru ini, akhlak keperibadian Rasulullah bagaikan dicalar oleh bukan Muslim. Atas nama FB seorang individu beragama Kristian telah menyentuh tentang soal perkahwinan Baginda dengan isteri dikasihinya, Aishah R.A.
Dalam videonya memaparkan ianya berkaitan “ISU KAHWINI KANAK-KANAK”. Beliau menyifatkan Rasulullah SAW berusia 54 tahun dan Aisyah hanya 6 tahun sebagai “penghambaan seksual” barangkali. Wallahualam akan niatnya!
Satu kupasan terbaik telah dikongsikan oleh seorang Dr Syahr Musafir di laman fbnya sejak beberapa jam lalu. Adalah lebih baik kita memahami sejarah dan sesuatu isu sebelum menularkannya.
Ya, sesiapa pun akan terasa bila agama dianuti diperkotak katik. Namun diharap kita lebih bersabar kerana agama Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dalam menghadapi setiap ujian.
Masih viral hari ini, seorang pengguna Facebook berbangsa Cina dan dipercayai beragama Kristian menulis satu hinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, dihina sebagai orang tua gatal atau gila seks yang kahwin dengan budak (pedofil). Sudah semestinya perkara ini membangkit kemarahan orang Islam.
Saya terjumpa 1 video ini, daripada Page “Move On Malaysia”, yang menerangkan kenapa dan bagaimana Nabi Muhammad SAW menikahi Aishah RA. Anda boleh baca tulisan terjemahan saya ini jika anda mahu Bahasa Malaysia, atau anda boleh lihat video berdurasi 4 minit untuk Bahasa Inggeris:
Kenapa Aishah menikahi Nabi Muhammad pada usia muda?
Orang terfikir dan mempersoalkan, adakah Nabi Muhammad menikahi seorang kanak-kanak? Adakah ini amalan biasa 1400 tahun dahulu? Apakah hikmah di sebalik semua ini?
Berdasarkan (salah satu) sumber yang dipercayai, Nabi Muhammad menikahi Aishah ketika Aishah berusia 6 tahun dan mulai bersama ketika Aishah berusia 9 tahun.
Tetapi, penting untuk kita faham konteks sejarah.
Sebagai contoh, ralat jika kita persoalkan jenis susu yang orang minum pada 1400 tahun yang lalu, atau mempersoalkan jenis enjin yang mereka guna pada 1400 tahun yang lalu.
Justeru, kita perlu faham perkara, isu dan budaya pada 1400 tahun lalu adalah sangat berbeza berbanding sekarang. Masa berubah sekaligus manusia juga berubah.
Pada 1400 tahun lalu, menjadi kebiasaan untuk orang perempuan bernikah pada usia muda. Sejarah membuktikan orang perempuan berkahwin pada usia 9 hingga 14 tahun di Eropah, Asia, Afrika dan America.
Sebagai contoh,
1. Saint Augustine (350Masihi), seorang paderi Kristian, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.
2. King Richard II (1400M), seorang Raja England dan Lord of Ireland, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.
3. Henry VIII (1500M), Raja England, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.
Dalam Bible,
“… but save for yourselves every GIRL who has never slept with a man.” (Numbers 31: 17-18)
Dalam Ensiklopedia Katolik,
Mary (Maryam), ibu kepada Jesus (Nabi Isa), berumur 12 tahun ketika bernikah dengan Joseph yang berumur 99 tahun.
Sebelum tahun 1929, para orang besar Gereja England boleh bernikah dengan orang (atau kanak-kanak) perempuan berusia 12 tahun di Britain.
Sebelum tahun 1983, undang-undang Katolik membenarkan paderi untuk bernikah dengan orang (atau kanak-kanak) perempuan berusia 12 tahun di Britain.
Ramai orang tidak tahu bahawa di Amerika Syarikat pada 1880, umur minimum untuk bernikah adalah 7 tahun di Delaware dan di California, umur minimum adalah 10 tahun. Bahkan sekarang, umur dibenarkan bernikah adalah 12 tahun di Massachusett (MA), 13 tahun di New Hampshire (NH) dan 14 tahun di New York (NY).
Pada zaman Nabi Muhammad, masyarakat yang memusuhi Nabi Muhammad menggunakan pelbagai caram, strategi dan kutukan untuk menjatuhkan Nabi Muhammad. Mereka berusaha mencari peluang untuk menyerang Nabi Muhammad dari segi lisan dan fizikal. Contoh serangan lisan adalah menggelarkan Nabi Muhammad sebagai ahli magis, nujum, ahli sihir dan orang gila. Tetapi mereka tidak pernah menjadikan pernikahan Nabi Muhammad dan Aishah sebagai modal, poin atau target serangan, kejian dan kutukan. Kenapa?
Post asal:
Saya sangat berharap orang non-Muslim di Malaysia ini berhentilah berbicara dan mempersoalkan kredibiliti Nabi Muhammad, tak kisahlah apa isu sekalipun. Kita hidup bersama secara harmoni sejak dahulu dan tiada keperluan pun tiba-tiba nak memecah-belahkan keamanan ini sekarang.Kamu jagalah agama kamu dan kami jaga agama kami.Kami tidak hina agama kamu jadi kamu jangan hina agama kami, atau apa sahaja berkaitan dengannya. Tulisan penuh:
video: https://www.facebook.com/watch/?v=542257299603195TERIMA KASIH. #KisahMasyarakat #InspirasiDrSyahr 18/02/2019Posted by Syahr Musafir on Ahad, 17 Februari 2019Viral hari ini, seorang pengguna Facebook berbangsa Cina dan dipercayai beragama Kristian menulis satu hinaan terhadap…
Posted by Syahr Musafir on Ahad, 17 Februari 2019
Sebab ini adalah norm (kebiasaan) masyarakat dan manusia ketika itu.
Adakah anda tahu….
1.
Sejak bernikah pada usia 25 tahun sehingga kematian isteri pertama yang
bernama Khadijah pada usia Nabi Muhammad 54 tahun, Nabi Muhammad hanya
mempunyai 1 isteri iaitu Khadijah sahaja.
2. Ketika pernikahan, Khadijah adalah janda, bukan anak dara.
3. Ketika pernikahan, Khadijah berumur 40 tahun iaitu 15 tahun lebih tua berbanding Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad menghabiskan masa mudanya bersama Khadijah.
Nabi Muhammad komited pada pernikahan bersama Khadijah sehingga hari kematian Khadijah dan selepas kematian Khadijah, Nabi Muhammad menjaga hubungan baik dengan saudara-mara dan rakan-rakan Khadijah. Ini membuktikan betapa setianya Nabi Muhammad.
Bagaimana pula dengan Aishah? Adakah Aishah seorang kanak-kanak ketika bernikah dengan Nabi Muhammad?
Paling utama, penting untuk kita tahu Islam tidak membenarkan seseorang bernikah dengan seseorang yang belum cukup umur (baligh).
Umur bagi kematangan atau cukup umur baligh (age of puberty) berbeza berdasarkan masa dan tempat.
Kajian saintifik membuktikan kanak-kanak perempuan mencapai umur baligh dalam rangka umur 9 hingga 15 tahun (LiveScience.com). Bahkan faktor cuaca tempatan juga menjadi faktor utama seseorang kanak-kanak perempuan mencapai umur puberti (rujukan: Women: An historical, Gynecological and Anthropological Compendium).
Jadi, adakah Aishah seorang yang belum baligh, belum cukup umur dan belum matang? Tidak, Aishah sebenarnya sudah cukup umur.
Jadi apa hikmahnya pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aishah ini?
Tuhan tahu apa yang terbaik. Pernikahan Nabi Muhammad dan Aishah adalah suruhan/arahan daripada Allah.
Aishah menarasi lebih 2200 hadis daripada Nabi Muhammad, yang menjadi panduan umat Islam. Aishah adalah seorang yang cukup cerdik, dan disebabkan hubungan rapat dengan Nabi Muhammad sejak kecil itulah Aishah dapat sangat banyak belajar daripada Nabi Muhammad, akhirnya berperanan penting menjadi guru, pakar dan rujukan dalam Islam.
Nabi Muhammad tidak pernah mendidik umat Islam untuk mengikut nafsu, tetapi Nabi Muhammad menyuruh umat Islam mengawal nafsu.
Para sahabat Nabi Muhammad menceritakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat sopan, dan menjelaskan Nabi Muhammad ini mempunyai sifat malu melebihi sifat malu seorang anak gadis.
Nabi Muhammad menutup muka kerana malu apabila ditanya berkaitan perkara sensitif.
Nabi Muhammad mengajar agama itu terletak pada moraliti dan moraliti Islam terletak pada sifat malu dan kesederhanaannya.
Saya sangat berharap orang non-Muslim di Malaysia ini berhentilah berbicara dan mempersoalkan kredibiliti Nabi Muhammad, tak kisahlah apa isu sekalipun.
Kita hidup bersama secara harmoni sejak dahulu dan tiada keperluan pun tiba-tiba nak memecah-belahkan keamanan ini sekarang.
Kamu jagalah agama kamu dan kami jaga agama kami.
Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.
Kami tidak hina agama kamu jadi kamu jangan hina agama kami, atau apa sahaja berkaitan dengannya.
TERIMA KASIH. #KisahMasyarakat #InspirasiDrSyahr 18/02/2019 http://syahrmusafir.com
Sumber : https://denaihati.com/